global

Macam budak-budak!

Oleh Agensi

Taipei: Parlimen Taiwan kecoh lagi, hari ini, selepas berlaku adegan tumbuk-menumbuk dan melempar belon air antara anggota parlimen.

Kekecohan itu kali ketiga direkodkan dalam tempoh dua minggu berhubung pencalonan ketua agensi penyiasatan yang memantau kerajaan, Control Yuan.

Ia selepas dua parti utama tidak bersetuju berhubung undian terhadap calon bagi mengisi jawatan berkenaan.

Seorang ahli politik daripada parti pemerintah, Parti Demokratik Progresif (DPP) dilihat menumbuk anggota parti pembangkang.

Ahli parlimen pembangkang daripada parti Kuomintang (KMT) pula melemparkan belon air kepada speaker dewan memaksa ahli parlimen DPP memakai baju hujan dan memegang kadbod untuk melindungi diri.

Parlimen di Taipei memang terkenal dengan kekecohan dengan pergaduhan dan lokasi tunjuk perasaan.

Huru-hara di lokasi sama tercetus mengenai dasar reformasi dan pemotongan pencen ketika Presiden Tsai Ing-wen pertama kali memegang jawatan itu empat tahun lalu.

Insiden terbaharu ini tercetus dengan pencalonan Chen, 70, untuk mengetuai Control Yuan,

Pembangkang berpendapat bahawa 24 daripada 27 individu yang dicalonkan dalam agensi itu mempunyai hubungan rapat dengan DPP.

"Kami menuntut pembaharuan dan mahu pencalonan itu ditarik balik," kata Pengerusi KMT, Johnny Chiang.

Walaupun kekecohan itu berlaku pada pagi, pengundian tetap berlangsung dan pencalonan Chen dipersetujui.

tamat.

Disiarkan pada: July 17, 2020 @ 4:40pm
d