global

Sakit tekak cacing hidup dalam tonsil

Oleh Agensi

TOKYO: Bukan hanya tonsil, tetapi cacing gelang berada dalam bahagian tekaknya yang sakit.

Itu pengalaman menakutkan dialami seorang wanita Jepun selepas doktor mengesahkan sakit dialaminya disebabkan parasit hidup di dalam tonsilnya.

Ia berdasarkan kajian kes diterbitkan Persatuan Perubatan Tropika dan Kebersihan Amerika.

Wanita berusia 25 tahun itu menjalani pemeriksaan di Hospital Antarabangsa Tokyo's St Luke's kerana mengadu sakit dan kegatalan pada tekaknya selepas lima hari makan sashimi.

Pasukan perubatan kemudian berjaya mengeluarkan seekor cacing hitam sepanjang 38 millimeter dan masih hidup dalam tonsil sebelah kiri wanita itu.

Kajian diterbitkan Julai itu mendedahkan, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas parasit itu dikenal pasti sebagai larva tahap empat pseudoterranova azaras.

Dilaporkan CNN, kajian itu mendedahkan parasit berkenaan menjangkiti perut selepas wanita itu makan larva itu yang terdapat pada ikan tidak dimasak.

Lebih 700 kes seperti itu dilaporkan berlaku di Jepun, negara Pasifik Utara, Amerika Selatan dan Belanda.

Pakar perubatan merekodkan data jangkitan sama pesakit yang makan makanan laut.

Anisakiasis adalah penyakit disebabkan makan ikan atau sumber laut yang tercemar dengan parasit dilihat semakin meningkat di negara barat di mana pemakanan sushi dan pelbagai makanan laut mentah semakin popular.

Disiarkan pada: July 18, 2020 @ 6:00am
d