global

Padah hantar gambar lucah

Oleh Agensi

Washington: Guru yang juga bekas ratu cantik di Amerika Syarikat dihukum penjara dua tahun kerana menghantar gambar lucah terhadap bekas pelajarnya.

Ramsey BethAnn Bearse, 29, yang pernah bergelar Ratu Cantik Kentucky juga akan didaftarkan dalam daftar pesalah seks.

Hakim di Mahkamah Kanawha County Louis H Bloom turut mengarahkan wanita itu menjalani pengawasan selama 10 tahun selepas dibebaskan dari penjara.

CNN melaporkan Bearse yang ditahan pada 2018 didakwa menghantar gambar itu menerusi Snapchat kepada bekas pelajarnya berusia 15 tahun.

Ketika itu, dia bertugas sebagai guru di Andrew Jackson Middle School, Cross Lanes, Virginia Barat.

Ibu bapa kepada lelaki terbabit menemui gambar berkenaan di dalam telefon anaknya, sebelum melaporkannya kepada polis.

Laporan sama berkata, pelajar terbabit pernah bersekolah di sekolah tempat di mana Bearse bertugas sebagai guru.

Disiarkan pada: July 18, 2020 @ 11:36am
d