global

Dinodai teman TikTok

Oleh Agensi

Lahore: Episod hitam bagi seorang remaja perempuan selepas diperkosa tiga lelaki termasuk seorang daripada mereka yang dikenalinya menerusi aplikasi TikTok.

Berdasarkan laporan polis, mangsa berkenalan dengan suspek pertama menerusi aplikasi berkenaan.

Selepas 20 hari berkenalan, dia bersetuju dengan bertemu dengan lelaki itu di Samanabad.

Pada pertemuan itu, suspek mengajak mangsa menaiki keretanya.

Di dalamnya, ada dua lagi lelaki lain dan mangsa mendakwa suspek mempunyai senjata api.

Bermulalah detik malang baginya apabila lelaki terbabit mengugutnya dengan senjata api berkenaan.

Mangsa kemudian dirogol oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian.

Polis turut mengarahkan remaja itu menjalani pemeriksaan perubatan di hospital.

Bertindak daripada laporan sama, polis menahan suspek utama iaitu lelaki pertama dikenali mangsa menerusi TikTok

Disiarkan pada: July 20, 2020 @ 6:15am
d