global

Covid-19: Kes global lepasi 15 juta

Oleh BERNAMA

BEIJING: Kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia sudah melebihi 15 juta, pada Rabu.

Agensi berita Xinhua yang memetik data Johns Hopkins University menyatakan terdapat 15,008,046 kes positif wabak berkenaan.

Data menunjukkan seramai 617,902 orang meninggal dunia disebabkan pandemik ini.

Dalam pada itu, di Geneva, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan pangkalan data undang-undang yang sudah dilaksanakan pelbagai negara.

Ia sebagai tindak balas terhadap pandemik Covid-19 bertujuan membantu melindungi kesihatan dan kesejahteraan individu serta masyarakat.

Inisiatif Covid-19 Law Lab itu mengumpul dan berkongsi dokumen undang-undang daripada lebih 190 negara di seluruh dunia.

Ia bertujuan membantu mewujudkan dan melaksanakan kerangka kerja undang-undang yang kukuh untuk menguruskan pandemik, menurut pernyataan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 23, 2020 @ 11:57am
    d