global

Kluster kecil, penduduk Dalian panik

Oleh AFP

Beijing: Pihak berkuasa meningkatkan ujian saringan Covid-19 di bandar Dalian yang mempunyai hampir enam juta penduduk.

Ia bagi membendung kluster kecil penularan virus itu yang dikesan berpunca daripada sebuah syarikat pemprosesan makanan laut yang mengendalikan produk import.

Bandar pelabuhan Dalian di wilayah Liaoning itu tiga kes baru-baru ini selepas hampir empat bulan tiada sebarang jangkitan.

Suruhanjaya Kesihatan Dalian berkata, pihaknya akan menggerakkan usaha habis-habisan bagi mengekang penularan virus itu.

Ia termasuk langkah ketat iaitu ujian kepada individu yang menaiki kereta api bawah tanah di jalur yang melalui syarikat makanan laut.

Selain itu, tadika dan taska turut ditutup manakala sesetengah komuniti diletakkan bawah perintah lockdown.

Pihak berkuasa bandar itu juga memaklumkan, mereka akan melakukan ujian ke atas lebih 190,000 orang termasuk pekerja di pasar raya, pasar borong dan gudang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 24, 2020 @ 6:14pm
    d