global

Bom bekas isteri, lelaki dijel 18 tahun

Oleh AFP

Vienna: Mahkamah di Austria menjatuhkan hukuman penjara hampir 18 tahun terhadap seorang lelaki yang cuba membunuh bekas isterinya dengan mengirim bom, Oktober tahun lalu.

Pada kejadian berkenaan mangsa berusia 27 tahun dan ibu kepada tiga anak parah selepas kiriman berkenaan meletup ketika dia cuba membuka kiriman berkenaan.

Kejadian berlaku di hadapan pangsapuri mangsa di bandar Guttaring di Carinthia, selatan Austria.

Mahkamah Klagenfurt, Carinthia, menjatuhkan hukuman penjara 17 bulan dan lapan bulan terhadap tertuduh berusia 29 tahun.

Selain itu, tertuduh turut dimasukkan ke pusat rawatan sakit jiwa.

Seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang bersubahat dalam serangan itu dihukum penjara 16 tahun.

Kedua-dua tertuduh dan pihak pendakwaan akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Berdasarkan prosiding kes, seorang tentera meletakkan kiriman berkenaan di depan pangsapuri wanita itu, menekan loceng, sebelum melarikan diri.

Bekas suami yang bersembunyi tidak jauh dari situ menekan butang peledak bom berkenaan.

Menurut polis, kedua-dua tertuduh sudah menguji bom berkenaan ketika musim panas di sebuah kawasan hutan.

Mereka dikatakan mendapat idea untuk membuat bom itu daripada Internet.

Disiarkan pada: July 29, 2020 @ 8:59am
d