global

Iran tembak replika kapal induk AS

Oleh Agensi

Tehran: Pasukan Pengawal Revolusi Iran giat membuat persiapan mengancam Amerika Syarikat (AS) dalam sebuah latihan tempur di Selat Hormuz.

Memetik portal Al Jazeera, rakaman video pasukan itu menembak peluru berpandu dari helikopter ke arah replika kapal induk AS di Selat Hormuz.

Ia disiarkan dalam televisyen tempatan pada Selasa.

Ekesais itu berhampiran selat Hormuz yang menjadi laluan kelima pengeluaran minyak dunia.

Rakaman itu mendedahkan pasukan tentera udara dan laut itu bersiap siaga untuk menyerang negara pesisir barat daya negara terbabit.

Latihan bersiri itu berlaku ketika ketegangan masih berlaku antara Iran dan AS.

Tentera Laut AS mengecam tindakan Iran yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan tergesa-gesa.

Angkatan Tentera Laut Kelima AS yang berpangkalan di Teluk Bahrain juga mengkritik tindakan Iran menggunakan replika kapal induk berkenaan.

Latihan perang itu berlaku hanya beberapa hari selepas Tehran menuduh jet pejuang AS mengganggu pesawat komersial Iran di Syria.

Sekurang-kurangnya empat penumpang yang menaiki pesawat Mahan Air cedera dalam kejadian Khamis selepas juruterbang itu mengambil tindakan kecemasan untuk mengelak dari pesawat tempur, kata pihak berkuasa Iran.

Ketegangan meningkat antara Tehran dan Washington sejak Presiden AS Donald Trump menarik diri dari rundingan berhubung perjanjian nuklear Iran pada 2018.

Disiarkan pada: July 29, 2020 @ 11:42am
d