global

Bermanja dengan ular sejak berusia 4 tahun

JAKARTA: Seorang remaja perempuan di Indonesia mempunyai hobi pelik menjadikan ular sawa sebagai haiwan peliharaannya sejak berusia empat tahun.

Lapor Oddity Central, remaja itu, Chalwa Ismah Kamal tidak takut atau kekok memelihara enam ular sawa bersaiz besar di rumahnya di Purworejo, Jawa Tengah.

Remaja itu menjadi perhatian selepas memuat naik video rutin aktivitinya bersama reptilia itu yang tular di media sosial.

Video serta gambar remaja itu bermain, mandi dan berpelukan dengan reptilia besar itu tular di aplikasi TikTok dan Instagram hingga menjadi bualan hangat warganet.

Menurut Chalwa menerusi laman Lampung77, dia mula memelihara reptilia itu sejak usianya empat tahun dan tidak timbul langsung rasa takut apabila dikelilingi haiwan itu.

Malah adik lelakinya, turut kelihatan selesa bermain dan hidup dengan reptilia itu.

Disiarkan pada: July 30, 2020 @ 6:02am
d