global

Bersantai, tonton TV di atas awan biru

Oleh Agensi

ANKARA: Duduk bersantai sambil menikmati snek kentang, minuman ringan dan menonton televisyen di atas ketinggian awan biru.

Itu kelainan dilakukan tenaga pengajar paragliding yang sengaja melakukan aksi ekstrem itu demi kepuasan dirinya.

Gulf News melaporkan aksi lelaki dikenali sebagai Hasan Kaval itu dalam video klip berdurasi 4 minit 25 saat itu dikongsikan dalam YouTube sebelum tular.

Dalam video terbabit, Kaval dilihat duduk di sofa lengkap dengan set televisyen serta lampu hiasan terbang di udara menggunakan paragliding.

Walaupun ia sesuatu yang jarang dilakukan namun rakaman itu menunjukkan lelaki itu nampak sangat selesa.

Malah, lelaki itu sempat menukar kasut kepada selipar dan mula menonton kartun kegemarannya sambil mengunyah snek kentang dan minuman ringan.

Kaval menggunakan stik kamera untuk merakamkan video keseluruhan memori perjalanannya itu.

Mengagumkan, lelaki itu tidak diikat langsung di sofa itu tetapi bebas bergerak ketika melakukan pen daratan.

Aksi berkenaan menarik perhatian warganet yang memberikan pelbagai reaksi termasuk prihatin dengan langkah keselamatan lelaki itu ketika melakukan aksi lagak ngeri berkenaan.

Disiarkan pada: July 31, 2020 @ 6:01am
d