global

Covid-19: AS catat 1,379 kematian dalam tempoh 24 jam

Oleh APF

Washington: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 1,379 kematian akibat wabak pandemik Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia berdasarkan data dikeluarkan oleh Universiti John Hopkins.

Ini adalah hari ketiga Amerika Syarikat mencatatkan lebih 1,200 kematian setiap hari.

Amerika Syarikat kini mencatat 151,826 kematian akibat Covid-19 yang menjadikan ia sebagai negara paling teruk terjejas.

Sementara itu sebanyak 72,238 jangkitan baharu direkodkan semalam, dan ini bermakna Amerika Syarikat merekodkan 4.5 juta jumlah jangkitan sejak wabak itu mula dikesan.

Jumlah kes harian meningkat sejak akhir Jun lalu terutama di bahagian selatan dan barat negara ini.

Florida paling teruk dilanda apabila mencatatkan sebanyak 253 kematian, semalam

California mendahului dalam jumlah kes keseluruhan, dengan populasi dua kali ganda daripada jumlah Florida.

Sementara itu, Florida juga menghadapi kedatangan ribut tropika pada hujung minggu, yang memaksa penutupan beberapa pusat saringan.

Disiarkan pada: July 31, 2020 @ 9:53am
d