global

Ular masuk seluar

Oleh Agensi

Uttar Pradesh: Lelaki yang nyenyak tidur terkejut apabila ular tedung memasuki seluarnya.

Dalam insiden di Kampung Sikandarpur, Uttar Pradesh, India itu lelaki terbabit dilaporkan berdiri tujuh jam sambil memegang tiang kerana bimbang ular berkenaan mematuknya.

Times Now melaporkan insiden itu berlaku di penempatan sekumpulan pekerja buruh yang bekerja memasang tiang dan wayar elektrik.

Ketika insiden itu berlaku, lelaki malang berkenaan, Lovekesh Kumar dilaporkan bersendirian di lokasi kejadian manakala rakannya pulang ke rumah selepas makan malam.

Terdahulu, Lovekesh yang terjaga dari tidur selepas ular tedung itu memasuki seluar menunggu bantuan rakannya dan dilaporkan berdiri serta berpaut di tiang kerana khuatir reptilia itu mematuknya.

Aksi rakan Lovekesh menanggalkan seluar dan mengeluarkan ular berkenaan menjadi tular di media sosial menerusi perkongsian satu video.

Difahamkan, Lovekesh tidak cedera dalam insiden berkenaan namun dilaporkan dia keletihan kerana berdiri selama tujuh jam sementara rakannya tiba di lokasi kejadian untuk membantunya.

Disiarkan pada: August 3, 2020 @ 7:10am
d