global

Covid-19: Amitabh Bachchan dibenar keluar hospital

Oleh AFP

New Delhi: Bintang Bollywood, Amitabh Bachchan dibenarkan keluar dari hospital semalam selepas tiga minggu mendapatkan rawatan akibat dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, anaknya, Abishek masih dirawat di hospital sama.

Bagaimanapun, isteri Abishek yang juga pelakon terkenal, Aishwarya Rai dan anak mereka Aaradhya dibenarkan pulang pada minggu lalu.

"Saya pulang semula ke rumah. Saya kini menjalani bersendirian di dalam bilk," tulis Bachchan di Instagram miliknya dan turut menyatakan dirinya disahkan negatif Covid-19.

Amitabh turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga, peminat dan kakitangan perubatan yang menjaganya sepanjang berada di hospital.

Pada 11 Julai lalu, Amitabh dan anaknya, Abhishek dimasukkan ke Hospital Nanavati selepas disahkan positif Covid-19.

Amitabh Bachchan ke hospital selepas mengadu sesak nafas.

Dalam perkongsiannya di media sosial sebelum ini, beliau meminta sesiapa yang pernah berhubung atau bertemunya membuat ujian Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 3, 2020 @ 11:21am
    d