global

Covid-19: Tiada kes dilapor semasa musim haji

Oleh Agensi

Makkah: Tiada kes Covid-19 dilaporkan di sini sepanjang musim haji tahun ini.

AFP berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.

Dalam pada itu, musim haji tahun yang pertama kali dilaksanakan secara terhad dengan penyertaan hampir 10,000 jemaah berakhir pada Ahad.

Jumlah itu amat kecil berbanding 2.5 jemaah daripada seluruh dunia, pada tahun lalu.

Media rasmi negara itu melaporkan jemaah melakukan ibadah melontar pada hari terakhir semalam.

Mereka menggunakan batu yang sudah disanitasi sebagai antara langkah pencegahan bagi mengekang penularan Covid-19.

Jemaah kemudian pulang ke Masjidilharam untuk melakukan tawaf terakhir.

Dalam pada itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud berkata, haji kali di tengah penularan Covid-19 memerlukan usaha sekali ganda.

"Ia bagi memastikan ibadah haji tahun ini dapat dilaksanakan meskipun berdepan dengan keadaan yang sukar," kata pemerintah berusia 84 tahun itu.

Pada haji tahun ini, jemaah perlu sentiasa menjalani pemeriksaan suhu.

Mereka juga diarah menjalani kuarantin mandatori selepas selesai menjalani ibadah berkenaan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan bahawa hampir 10,000 jemaah yang sudah berada di Arab Saudi terpilih menyertai bagi melaksanakan ibadah itu pada tahun ini.

Menurut jemaah, pihak berkuasa negara itu juga menaja perbelanjaan jemaah yang meliputi makanan, penginapan dan penjagaan kesihatan.

Setakat ini, Arab Saudi merekodkan lebih 278,000 kes Covid-19 dengan lebih 2,900 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 3, 2020 @ 12:03pm
    d