global

Covid-19: 'Lockdown' kembali di Manila, empat wilayah

Oleh AFP

Manila: Perintah 'lockdown' kembali dikuatkuasakan mulai Selasa di Filipina susulan peningkatan kes Covid-19 di negara itu.

Ia akan meliputi kawasan Manila dan empat wilayah di sekitarnya di Pulau Luzon.

Kira-kira 23 juta penduduk atau hampir satu pertiga penduduk Filipina terjejas.

Untuk tempoh dua minggu berikutnya, pengangkutan awam termasuk jeepney tidak dibenarkan beroperasi.

Selain itu, pihak berkuasa menggantung operasi penerbangan domestik ke kawasan berkenaan.

Penduduk hanya dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan atau melakukan senaman.

Hanya beberapa jenis perniagaan dibenarkan beroperasi, manakala restoran hanya boleh menyediakan makanan dan minuman untuk bawa pulang.

Perintah berkenaan dikuatkuasakan selepas 80 persatuan perubatan mewakili ribuan doktor menggesa Presiden Rodrigo Duterte untuk mengetatkan usaha bagi mengekang penularan virus itu.

Ia selepas hospital di negara itu tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit.

Pada Ahad, Filipina merekodkan 5,032 kes baharu.

Lebih 5,000 petugas kesihatan turut dijangkiti virus berkenaan dengan kira-kira 500 pada minggu lalu.

Daripada jumlah berkenaan, 38 daripadanya meninggal dunia.

Dalam pada itu, pihak berkuasa menyatakan lonjakan kes berikutan kegagalan masyarakat mematuhi langkah perlindungan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 3, 2020 @ 1:51pm
    d