global

Kecilnya pinggang kak!

Oleh Agensi

Yangon: Seorang wanita di Myanmar mendakwa memiliki pinggang berukuran 13.7 inci hanya dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

International Business Times melaporkan Su Moh Moh Naing, 23, kini popular selepas memuat naik gambarnya yang menunjukkan saiz pinggangnya yang kecil di Instagram.

Bagaimanapun, rata-rata warganet menuduh wanita itu menyunting gambarnya untuk kelihatan ramping.

Selain itu, ada antara mereka yang mendakwa Naing menjalani pembedahan membuang tulang rusuk atau memakai korset.

Menurut Naing, dia memiliki pinggang yang bersaiz kecil dan ramping kerana mengamalkan pemakanan sihat secara konsisten.

"Tiada apa yang perlu dirisaukan. Malah, saya tidak rasa ada yang salah dengan penampilan saya.

"Saya gemar bergambar dan mempamerkan penampilan saya.

"Ramai memberikan pujian dan mereka juga bersetuju penampilan saya kelihatan cantik," katanya.

Sehingga kini, tiada bukti lain menunjukkan Naing memiliki pinggang dengan saiz berkenaan seperti yang dipaparkan di dalam gambar di media sosial.

Dia turut menerima banyak komen positif daripada pengikutnya, meskipun ada yang mempersoalkan kebenarannya gambar berkenaan,

Berdasarkan Guinness World Records, rekod individu dengan saiz pinggang terkecil dipegang oleh Ethel Granger, wanita dari United Kingdom (UK), dengan saiz pinggang 13 inci.

Granger dipercayai menjalani senaman pada bahagian pinggangnya selain memakai korset dengan konsisten.

Namun, ramai juga wanita membuat pengakuan yang mereka sanggup membuang tulang rusuk demi mendapatkan tubuh badan yang diinginkan.

Disiarkan pada: August 3, 2020 @ 4:59pm
d