global

AS mahu 'singkir' aplikasi China

Oleh AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS) mahu menyekat aplikasi China yang dicurigai status keselamatannya dimuat turun oleh pengguna di AS dari App Store.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menerusi satu pengumuman, semalam.

Menurut Pompeo, tindakan itu diambil kerana kebimbangan AS terhadap kebocoran data peribadi membabitkan rakyatnya

"Aplikasi dari China seperti TikTok, WeChat dan lain-lain lagi dari China secara signifikannya mengancam data peribadi rakyat AS dan boleh menjadi alat kepada Parti Komunis China (PKC)," katanya.

Tambah Pompeo, AS turut menyekat aplikasi tempatan merangkumi pra-pemasangan, atau tersedia untuk dimuat turun pada telefon buatan China dan peralatan tanpa wayar dari syarikat gergasi seperti Huawei dan pembuat peranti lain.

"Kami tidak mahu syarikat terbabit dalam pelanggaran hak asasi manusia Huawei atau alat pengawasan PKC," katanya.

Pompeo berkata, pemimpin akan berusaha untuk membataskan kemampuan penyedia perkhidmatan China untuk mengumpulkan, menyimpan dan memproses maklumat sulit di AS.

Beliau menyebut secara khusus nama syarikat gergasi China seperti Alibaba, Baidu, dan Tencent.

Pengumuman itu dibuat dua hari selepas Presiden AS, Donald Trump memberi kata dua iaitu tempoh sehingga pertengahan September ini untuk pemilik TikTok, ByteDance memuktamadkan urus niaga dengan Microsoft berhubung rundingan membeli operasi perniagaan aplikasi berkenaan di AS.

Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 12:24pm
d