global

Negeri di Australia haramkan rekoder, koir

Oleh AFP

Sydney: Pelajar sekolah di New South Wales tidak dibenarkan bermain rekoder dan menyertai aktiviti koir dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Pihak berkuasa pada Isnin berkata, langkah itu susulan penularan virus itu di beberapa sekolah di Sydney.

"Semua persembahan nyanyian di samping penggunaan alat muzik tiupan secara berkumpulan tidak lagi dibenarkan," kata pihak berkuasa pendidikan tempatan.

Selain itu, pihak berkuasa juga tidak membenarkan aktiviti tarian termasuk pada program sekolah, majlis graduasi dan acara sosial lain.

New South Wales adalah negeri di Australia yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai.

Negara itu kini berdepan dengan penularan Covid-19.

Bandar kedua Australia, Melbourne masih dikenakan 'lockdown' dan masih melaporkan ratusan kes baharu setiap hari.

Bagaimanapun, bilangan kes di Melbourne dilihat merekodkan penurunan.

Kebanyakan kes di bandar itu dikaitkan dengan jangkitan di rumah jagaan orang tua.

Ia dikatakan menjadi punca kadar kematian yang tinggi selama lebih dua minggu lalu.

Setakat ini, Australia sudah merekodkan lebih 23,000 kes Covid-19 dengan 421 kematian

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 17, 2020 @ 1:47pm
    d