global

Covid-19: Angka korban lepasi 50,000

Oleh BERNAMA

KORBAN akibat Covid-19 di India kini melebihi 50,000 orang, iaitu mencecah 50,921 pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua, memetik kementerian kesihatan.

Menurut data terbaru dikeluarkan kementerian, jumlah kes di negara ini meningkat kepada 2,647,663 selepas 57,981 lagi kes baharu dikesan dalam masa 24 jam lalu.

Sebanyak 941 kematian dicatatkan sejak Ahad pagi.

Masih terdapat 676,900 kes aktif di seluruh negara, sementara 1,919,842 orang sudah pulih dan discaj dari hospital.

Selama lebih tiga minggu, terdapat pertambahan melebihi 50,000 lagi kes baharu dalam jumlah keseluruhan.

Lonjakan secara tiba-tiba ini disebabkan keupayaan menguji sampel meningkat berkali ganda selama beberapa minggu.

Menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR), sebanyak 30,041,400 sampel diuji sehingga Ahad.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 17, 2020 @ 2:57pm
    d