global

Timbang berat dulu sebelum pesan makanan

Oleh Agensi

BEIJING: Sebuah restoran di Changsha, ibu kota wilayah Hunan membuat permohonan maaf selepas menetapkan peraturan meminta pelanggan menimbang berat badan sebelum memesan makanan.

Daily Star yang memetik laporan South China Morning Post melaporkan Restoran Daging Goreng Chuiyan itu berbuat demikian supaya pelanggan tidak membuat pesanan berlebihan.

Bagaimanapun, premis itu menegaskan tidak pernah memaksa pelanggannya menimbang berat badan menggunakan alat timbang berat diletakkan kakitangannya di pintu masuk.

Berdasarkan laporan itu, premis berkenaan sebelum ini meletakkan papan tanda yang menyatakan berapa banyak makanan perlu mereka pesan berdasarkan timbangan berat badan.

Ia diletakkan di sebelah alat timbang.

Berdasarkan panduan di restoran itu, ia mencadangkan wanita berat kurang 90 kilogram (kg) boleh memesan tidak lebih dua pinggan manakala pesanan sehingga tiga pinggan bagi lelaki dengan berat antara 70kg hingga 80kg.

Disiarkan pada: August 18, 2020 @ 6:30am
d