global

Mei Xiang beranak lagi

Oleh AFP

Washington: Sebuah zoo di Washington menyambut kelahiran anak beruang panda pada Jumaat.

Ibu panda berkenaan, Mei Xiang melahirkan anaknya itu pada 6.35 petang (waktu tempatan).

"Kami gembira untuk berkongsi berita gembira bahawa Mei Xiang selamat melahirkan anaknya," ciap Smithsonian's National Zoo di Twitter.

Orang ramai sebelum ini tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan proses kelahiran anak panda berkenaan.

Ia menerusi penstriman langsung daripada kamera yang dipasang di kandang beruang panda berkenaan.

Mei Xiang, sebelum ini hamil menerusi permainan beradas menggunakan sperma pandan jantan bernama Tian Tian, di zoo sama.

Sejak kedatangan beruang panda itu pada 2000, Mei Xiang sudah melahirkan tiga anak panda iaitu dua panda jantan, Tai Shan dan Bei Bei, masing-masing pada 2005 dan 2015.

Seekor lagi panda betina iaitu Bao Bao dilahirkan pada 2013.

Ketiga-tiga anak panda itu akan dipulangkan kepada China apabila haiwan itu berusia empat tahun.

Ia berdasarkan perjanjian dengan China yang menjadi pemilik panda itu.

Mei Xiang dan Tian Tian juga akan dipulangkan kepada negara itu pada November depan.

Disiarkan pada: August 22, 2020 @ 2:54pm
d