global

Tak tahu lacur 2 anak satu kesalahan

Oleh Agensi

Palembang: "Saya tidak tahu ini satu kesalahan." Itu alasan diberikan seorang wanita yang ditahan polis kerana dipercayai melacurkan dua gadis bawah umur.

Suspek yang berusia 40 tahun ditahan sepasukan polis hasil risikan pihak berkuasa.

Dia dipercayai mendalangi kegiatan itu di Bukit Kecil, sejak dua bulan lalu.

Ketika ditahan, wanita terbabit mengakui perbuatan itu dengan menjadikan kediamannya sebagai lokasi persundalan.

Wanita itu dipercayai menyewakan tempat itu hanya pada harga 50,000 Rupiah (kira-kira RM14) untuk setiap 'sesi'.

Namun, sejak dua bulan lalu, dia dipercayai turut mencari pelanggan.

"Mereka masih kecil (gadis yang dilacurkan), tetapi mencari pelanggan menggunakan aplikasi sembang. Tapi saya tidak tahu itu salah," katanya kepada polis pada Selasa.

Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Polis Palembang, Irsan berkata, pihak menjalankan siasatan dan risikan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan itu.

Katanya, ketika serbuan, polis bukan saja berjaya menahan wanita terbabit, malah dua gadis bawah umur yang dilacurkan suspek di rumah berkenaan.

"Setakat ini, jumlah mangsa yang berjaya diselamatkan masih dua orang.

"Namun, polis tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa akan meningkat selepas siasatan dijalankan katanya seperti dilaporkan portal Kompas.

Disiarkan pada: August 25, 2020 @ 6:31am
d