global

Covid-19 di rantau Amerika reda sedikit

Oleh AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melihat kes baharu Covid-19 sedikit perlahan di beberapa rantau, dengan jumlah paling ketara berlaku di Amerika.

Lebih 1.7 juta kes baharu dan 39,000 kematian akibat Covid-19 dilaporkan minggu lalu, kata WHO dalam laporan yang diterbitkan pada Isnin.

Angka yang dicatatkan bagi tempoh tujuh hari berakhir 23 Ogos lalu itu menyaksikan penurunan lima peratus bagi kes baharu Covid-19 dan pengurangan 12 peratus dalam kematian berbanding minggu sebelumnya.

Namun, dengan keadaan yang sedikit perlahan itu, ia masih mencatatkan angka tinggi di peringkat global dengan keseluruhan lebih 23 juta kes jangkitan dan lebih 800,000 kematian.

Semua rantau mencatatkan kes jangkitan yang perlahan kecuali di Asia Tenggara dan Timur Mediterranean.

Rantau Amerika masih kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan separuh daripada jumlah keseluruhan kes baharu dan 62 peratus kematian global direkodkan dari rantau ini.

Bagaimanapun, ia mencatatkan keadaan perlahan dengan penurunan 11 peratus bagi kes baharu dan pengurangan 17 peratus bagi kematian berbanding minggu sebelumnya, khususnya di Amerika Syarikat dan Brazil.

WHO juga memberi amaran mengenai beberapa negara di Carribean mencatatkan peningkatan kes baharu yang ketara dipercayai berkaitan aktiviti pelancongan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 25, 2020 @ 8:52pm
    d