global

Lelaki maut dibaham beruang

Oleh Agensi

Svalbard (Norway): Seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur dalam khemahnya maut dibaham seekor beruang.

Mangsa, Jocobus Kootte, 38, dilaporkan sedang nyenyak tidur sebelum diserang dan diseret haiwan berkenaan.

Dalam kejadian jam 4 pagi Jumaat lalu itu, mangsa juga warga Belanda itu dilaporkan parah di kepala akibat serangan dan gigitan haiwan buas itu.

Mangsa kemudiannya ditemui pasukan keselamatan dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Disiarkan pada: September 1, 2020 @ 8:52am
d