global

2 pegawai risikan Korea Selatan rogol pembelot Korea Utara

Oleh BERNAMA

SEOUL: Pendakwa Raya tentera Korea Selatan mendakwa seorang sarjan dan Leftenan Kolonel Komando Perisikan Pertahanan atas tuduhan merogol seorang pembelot wanita Korea Utara, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pegawai pada Selasa.

Kedua-duanya dituduh menyalahgunakan kuasa dan memperkosa mangsa antara Mei 2018 dan Februari tahun lalu ketika berada di bawah perlindungan dan pengawasan mereka, kata pegawai pendakwaan tentera.

Sarjan berkenaan didakwa meminta mangsa meminum alkohol sebelum merogolnya pada Mei 2018 dan sejak itu sering melakukan jenayah seksual terhadapnya, manakala Leftenan Kolonel juga memperkosanya selepas wanita itu meminta pertolongannya, kata pegawai.

Mangsa memfailkan aduan tahun lalu. Peguam mangsa berkata, wanita itu hamil dua kali dan dipaksa menggugurkan kandungannya.

Sejak siasatan dijalankan, kedua-duanya dipecat daripada tugas mereka.

Pihak berkuasa tentera merancang untuk mengambil tindakan tatatertib sebaik mahkamah membuat keputusan.

Disiarkan pada: September 1, 2020 @ 4:26pm
d