global

Menipu peperiksaan untuk jadi guru

Oleh Agensi

MEXICO CITY: Terdesak mahu lulus kelayakan menjadi guru, mendorong 35 wanita di Mexico sanggup menipu dalam peperiksaan khas berkenaan.

Oddity Central melaporkan, 35 wanita itu ditahan kerana didakwa meniru dengan melukis jawapan pada jari kuku mereka menggunakan cat.

Keseluruhan proses kemasukan sekolah pengajaran di Michoacan disyaki berlaku penipuan sejak peringkat pertama peperiksaan.

Pada penghujung Julai lalu didedahkan, beberapa pelajar membeli jawapan dengan harga 15,000 peso (RM1,284) atau 25,000 peso (RM2,140).

Walaupun secara rasmi belum dibuktikan, dakwaan itu disahkan oleh keputusan ujian yang mengagumkan di beberapa perbandaran Michoacan.

Berdasarkan media tempatan, 50 pemohon yang menduduki peperiksaan itu menjawab 100 soalan dengan tepat manakala 300 lagi meraih markah 99 dan 90.

Keputusan peperiksaan itu dilihat sebagai luar biasa apatah lagi perbandaran lain hanya mampu meraih 71 sebagai markah paling tinggi.

Disiarkan pada: September 2, 2020 @ 6:15am
d