global

Bunuh kekasih, berang diejek gigi drakula

Oleh Agensi

Kalimantan: Berang diejek mempunyai gigi seperti drakula, seorang lelaki berusia 30 tahun bertindak membunuh kekasihnya di sebuah hotel di Kota Bontang, Kalimantan Timur Jumaat lalu.

Mangsa juga dikatakan meminta mas kahwin berjumlah 25 juta Rupiah (kira-kira RM7,000) jika ingin mengahwininya.

Ketua Polis Bontang Hanifa Martunas Siringoringo berkata, hasil siasatan mendapati selepas dikata demikian oleh kekasihnya pada awalnya suspek hanya menggenggam kuat tangan wanita itu.

"Kerana tindakan itu, mangsa memaklumkan kepada suspek bahawa dia bertindak kasar walaupun belum menjadi suami," katanya kepada media pada Sabtu.

Berang dengan kata-kata kekasinya itu, suspek kemudiannya bertindak memukul wanita itu hingga jatuh ke lantai, mencekik serta menekup mangsa dengan bantal.

"Keadaan itu menyebabkan mangsa sesak nafas dan meninggal dunia. Selepas itu suspek melarikan diri," katanya.

Mayat wanita itu ditemui dalam keadaan lebam dan luka dipercayai akibat kekerasan pada hari yang sama.

Suspek ketika itu melarikan diri ke Desa Dondang, Kecamatan Muara Jawa, Kabupaten Kutai Kartanegara.

Sebelum ditahan, suspek cuba membunuh diri dengan meminum racun ubat nyamuk.

Disiarkan pada: September 6, 2020 @ 4:08pm
d