global

Tangkap 2,645 ikan dalam masa 24 jam

Oleh Agensi

Washington: Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) memecah rekod dunia apabila menangkap ikan terbanyak dalam tempoh 24 jam.

Fox News melaporkan nelayan profesional dikenali sebagai 'Lelaki Maraton' itu berjaya meraih 2,645 tangkapan ikan di Sankoty Resort di Peoria bermula 9 pagi Rabu hingga 9 pagi Khamis.

Jeff Kolodzinski dari Illinois itu menggunakan pancing 3 meter dan umpan hidup untuk mengumpul dana program Fishing For Life's Next Gen, yang menyediakan aktiviti luar dan bimbingan untuk anak daripada keluarga tentera.

"Minat sebenar saya selalu mahu memperkenalkan orang terutama keluarga mengenai sukan memancing.

"Kerjasama dengan Fishing For Life and Sankoty Lakes Resort and Retreat adalah cara saya memberi balik melalui sukan ini selain memberi kesedaran dalam program ini untuk menyokong wira dan keluarga mereka.

"Sepanjang program itu, kita boleh menunjukkan betapa hebatnya sukan memancing ini yang secara tidak langsung mempromosikan alam sekitar, hubungan sihat, kesihatan mental, persahabatan dan keseronokan," katanya.

Disiarkan pada: September 16, 2020 @ 7:28am
d