global

180 paus terkandas

Oleh AFP

Sydney: Sekurang-kurangnya 90 ikan paus mati dan 180 ekor lagi ikan sama masih terkandas di perairan berhampiran Pulau Tasmania di selatan Australia.

Ketika ini, pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus untuk menyelamatkan paus berkenaan yang terperangkap di kawasan beting pasir.

Ahli biologi marin kerajaan Kris Carlyon berkata, hampir satu pertiga daripada kumpulan ikan paus berkenaan mati pada Isnin.

Bagaimanapun katanya, kerja menyelamat amat mencabar kerana dijangka mengambil masa beberapa hari.

Kes ikan paus terkandas pernah dilaporkan di Tasmania.

Bagaimanapun, ia jarang membabitkan jumlah ikan paus yang banyak seperti kes ini.

Disiarkan pada: September 22, 2020 @ 1:53pm
d