global

Mati dalam tandas pesawat

Oleh Agensi

Beijing: Sebuah pesawat Air China terpaksa mendarat cemas selepas seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam tandasnya.

South China Morning Post melaporkan ketika kejadian, pesawat CA4230 itu dalam perjalanan dari Fuzhou, Fujian untuk ke Chengdu, Sichuan.

Akibatnya, pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha.

Selepas mendarat, lelaki terbabit dikejarkan ke sebuah hospital tetapi disahkan meninggal dunia dipercayai kerana membunuh diri.

Dalam pada itu, penumpang penerbangan itu memuji tindakan kru pesawat yang menangani insiden berkenaan dengan tenang.

Disiarkan pada: September 27, 2020 @ 10:29am
d