global

Penderma sperma saman klinik kesuburan

Oleh Agensi

London: Seorang bapa menyaman klinik kesuburan selepas spermanya diberikan kepada pasangan sejenis tanpa persetujuannya sehingga menghasilkan sembilan bayi.

Portal mirrok.co.uk melaporkan, Neil Gaskell mengambil tindakan undang-undang selepas klinik itu tanpa pengetahuannya menggunakan spermanya berulang kali kepada pasangan sesama jenis dan ibu tunggal.

Dia terkejut apabila mengetahui terdapat sembilan kelahiran hasil daripada spermanya, ditambah empat lagi dari pasangan heteroseksual yang bermaksud dia mempunyai 13 anak yang tidak pernah diketahui.

Gaskell, 49, yang mempunyai tiga anak kandung menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF) marah dengan keadaan itu dan mengambil tindakan undang-undang serta mahu menyelesaikan dengan membuat tuntutan sehingga lima angka.

Dalam wawancara eksklusif dengan Sunday Mirror, dia berkata, anak-anak sepatutnya dibesarkan oleh seorang ibu dan ayah seperti kebiasaannya. Gaskell turut dikecam golongan itu terutama ketua lesbian Kerry Pask yang mengatakan keputusannya untuk membuat tuntutan sebagai satu diskriminasi.

Bagaimanapun, dia menegaskan ia bukan soal diskriminasi dan ketaksuban.

"Saya menerima sebilangan orang akan merasa tidak selesa tetapi saya mahu anak yang lahir daripada sperma saya mempunyai ibu dan ayah.

"Saya menerima apa yang saya katakan akan memecah belah, tetapi anak inilah yang paling penting. Ramai orang akan setuju dan tidak bersetuju dengan saya, tetapi keutamaan saya adalah untuk anak." katanya.

Disiarkan pada: September 29, 2020 @ 9:13am
d