global

Pesakit paling lama lawan virus Covid-19

Oleh Agensi

London: Penasihat politik, Derek Draper, 53, yang juga suami wartawan selebriti dan penyampai rancangan televisyen Britain, Kate Garraway dipercayai pesakit Covid-19 paling lama bertarung melawan virus itu di negara ini.

Derek yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan virus itu pada 28 Mac lalu, sudah menghabiskan masa selama 184 hari keluar masuk unit rawatan intensif (ICU) dan perkembangan pemulihannya dianggap terlalu perlahan.

Seorang rakan Kate menyifatkan ketabahan penyampai wanita rancangan Good Morning Britain itu yang menunggu suaminya pulih semula sebagai amat menakjubkan dan memberikan inspirasi.

Sejak disahkan positif Covid-19, Derek menghabiskan masa yang panjang di ICU termasuk memakai alat bantuan pernafasan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 30, 2020 @ 6:30am
    d