global

Covid-19 tersebar di Pentagon

Oleh AFP

New York: Panglima Tentera Amerika Syarikat (AS) bersama pemimpin tertinggi tentera kini menjalani proses kuarantin selepas Covid-19 dikesan menular di agensi keselamatan negara berkenaan.

Ketika Covid-19 sudah melepasi tembok Pentagon, Jabatan Pertahanan negara itu pada Selasa menegaskan tiada perubahan terhadap kesediaan operasi atau kemampuan misi Angkatan Bersenjata AS.

Presiden AS, Donald Trump disahkan positif Covid-19 minggu lalu dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Namun, selepas tiga hari dimasukkan ke hospital, Trump pulang ke Rumah Putih pada Isnin lalu.

Tidak lama selepas kepulangan Trump itu, Pentagon mengumumkan Ketua Angkatan Bersama termasuk Pengerusinya Jeneral Mark Milley diarahkan menjalani kuarantin.

Mereka disahkan negatif saringan Covid-19 namun perlu menjalani kuarantin selepas ada kontak dalam mesyuarat minggu lalu dengan Komander Tentera Laut, Laksamana Charles Ray yang disahkan positif.

"Semua sudah disahkan negatif dan tidak mengalami sebarang simptom," kata kenyataan rasmi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 7, 2020 @ 1:43pm
    d