global

Covid-19: Perancis laksana perintah berkurung di 9 bandar

Oleh AFP

Paris: Perancis pada Rabu mengetatkan kawalan pergerakan apabila mengumumkan perintah berkurung di Paris dan lapan bandar lain bagi mengekang penularan Covid-19.

'Kita perlu bertindak. Kita perlu menghentikan visa ini," kata Presiden Perancis Emmanuel Macron menerusi stesen televisyen.

Perintah berkurung itu dikuatkuasakan antara 9 malam hingga 6 pagi dan dijangka berlarutan sehingga enam minggu.

Selain Paris, bandar lain termasuk Lyon, Marseille dan Toulouse.

Perintah itu akan membabitkan 20 juta orang.

Sebelum pengumuman itu, Macron memberitahu bahawa kerajaan berhasrat untuk melanjutkan darurat kecemasan di negara itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 15, 2020 @ 9:07am
    d