global

Budak 7 tahun rogol budak 5 tahun

Oleh Agensi

New Delhi: Seorang budak lelaki tujuh tahun dihadapkan ke mahkamah juvana India pada 20 Oktober lalu atas dakwaan merogol kanak-kanak perempuan lima tahun.

Kejadian berlaku di Uttar Pradesh dengan media tempatan melaporkan ibu kanak-kanak perempuan mendakwa anaknya menjadi mangsa ketika mahu mengambil bola di rumah budak lelaki itu pada 12 Oktober.

Sebelum itu, anaknya didakwa bermain bola di luar rumah dan bola masuk ke pekarangan rumah suspek yang menyebabkan mangsa ke sana untuk mengambilnya semula.

Dalam laporannya kepada polis, ibu mangsa memberitahu anaknya kemudian ditarik suspek dan dirogol, tetapi dia tidak menyebut umur suspek.

Namun pemeriksaan perubatan mendedahkan usia suspek adalah tujuh tahun.

Budak lelaki itu bersama ibu bapanya ketika pendakwaan, menurut The Times of India seperti dilapor The News.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan India (IPC) dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO).

Bagaimanapun, dia juga berhak mendapat sebahagian kekebalan di bawah IPC apabila Seksyen 83 akta itu menjelaskan, bukan kesalahan bagi kanak-kanak atas tujuh tahun dan kurang 12 tahun, yang belum mencapai kematangan cukup dalam memahami hakikat dan akibat daripada tingkah lakunya.

Disiarkan pada: October 27, 2020 @ 4:43pm
d