global

Bonceng jenazah ibu dengan motosikal

Oleh Agensi

Jakarta: Jenazah ibu jadi pembonceng. Itu yang berlaku di Boyolali, Jawa Tengah apabila seorang lelaki membawa jenazah ibunya dengan motosikal.

Liputan 6 melaporkan, lelaki yang berasal dari Desa Kedunglengkong itu mengalami gangguan mental, membawa jenazah ibunya yang meninggal di rumah saudaranya untuk dikebumikan sendiri.

Wakil Ketua Polis Boyolali, Ahmad Masdar Tohari mengesahkan kejadian itu.

Katanya, jenazah itu dibawa Sutejo, 50, dari Desa Jambungan di daerah Banyudono ke Kedunglengkong di daerah Simo.

Ibunya, Ginem Suharti, 80, yang dipercayai meninggal dunia antara 8 pagi hingga 10 pagi waktu tempatan.

Kisah itu tular di media sosial selepas dirakam dan dikongsi oleh orang ramai.

"Dia meninggal di rumah anak perempuannya dan jenazah dibawa menggunakan motosikal secara melintang di bahagian belakang.

"Jenazah berkenaan mahu dikebumikan sendiri oleh anaknya itu.

"Curiga dengan keadaan itu, orang kampung membantu pengurusan jenazah sehingga selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Sucen Timur," katanya.

Disiarkan pada: October 30, 2020 @ 3:29pm
d