global

Tahniah Biden - Obama

Oleh AFP

Washington: Bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengucapkan tahniah kepada calon Parti Demokrat Joe Biden atas kemenangannya pada Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Senator Kamala Harris yang menjadi wanita pertama yang bakal dilantik sebagai Naib Presiden negara itu.

"Pada pilihan raya ini, sesuatu yang tidak pernah terjadi, jumlah rakyat Amerika yang keluar mengundi adalah tidak pernah disaksikan. Selepas setiap undi dikira, presiden dan naib presiden yang dpilih, Biden dan Harris kini melakar kemenangan bersejarah," katanya.

Biden sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden kepada Obama.

Dalam pada itu, Hillary Clinton yang tewas kepada Donald Trump pada Pilihan Raya AS pada 2016, turut mengucapkan tahniah kepada Biden.

"Menerusi gandingan paling bersejarah, penolakan terhadap Trump dan kisah baharu untuk rakyat Amerika. Terima kasih kerana menjadikan ia terjadi. Seterusnya, kita akan bergerak bersama-sama," tulis Clinton menerusi Twitter.

Selain itu, Senator Mitt Romney, pengkritik utama Trump dari kalangan partinya sendiri dan menjadi ahli Kongres tunggal dari Parti Republikan yang menyokong usul pendakwaan terhadap presiden berkenaan turut mengucapkan tahniah kepada Biden dan Harris.

"Hari ini adalah detik paling bersejarah untuk Amerika Syarikat. Rekod menunjukkan 75 juta rakyat Amerika mengundi untuk memilih Joe Biden sebagai presiden - kemenangan bersejarah yang memberikan mandat kepada Parti Demokrat," katanya.

Berita berkaitan:

  • Biden menang pilihan raya, bakal Presiden ke-46
  • Tak mengaku kalah, Trump pergi main golf
  • Penyokong Trump tak mahu terima hakikat
  • Harris bakal wanita pertama jadi Naib Presiden AS
  • Disiarkan pada: November 8, 2020 @ 11:22am
    d