global

50 tahun lari dari penjara, akhirnya dicekup semula

Oleh Agensi

Michigan: Seorang lelaki yang melarikan diri dari penjara dan menjadi buruan FBI selama hampir 50 tahun, ditangkap semula, semalam.

Suspek bernama Leonard Moses itu dipenjara seumur hidup kerana melempar bom molotov sekumpulan perusuh dalam rusuhan selepas pembunuhan Martin Luther King Jr pada 1968.

Bom petrol itu menyebabkan rumah Mary Amplo di Pittsburgh, terbakar manakala mangsa meninggal dunia akibat kesan kebakaran.

Pada 1971, Moses diberikan izin untuk datang ke majlis pengebumian neneknya, tetapi dia menggunakan kesempatan itu untuk melarikan diri.

Moses mengubah namanya menjadi Paul Dickson dan sejak 1999 bekerja di Michigan, kata polis.

FBI kemudian memperbaharuan pencarian terhadapnya pada 2016 termasuk bertanya ahli keluarga dan menawarkan ganjaran untuk penangkapannya, serta menyiapkan talian aduan khusus.

Disiarkan pada: November 14, 2020 @ 2:02pm
d