global

3 bandar termahal

Oleh Agensi

Washington: Tiga negara Asia menduduki tempat teratas bandar raya paling mahal didiami untuk tahun 2020.

Hong Kong, Singapura dan Osaka berkongsi tempat teratas dalam senarai Unit Perisikan Ekonomi (EIU), Kajian Sara Hidup Sedunia 2020.

Kedudukan Paris yang menduduki takhta carta sebelum ini ditewaskan Osaka.

New York di tangga keempat manakala Los Angeles naik di tangga kelapan.

Ibu negara Perancis, Paris jatuh ke tempat kelima setaraf dengan bandar Eropah lain, Zurich di Switzerland.

EIU berkata, kedudukan itu didorong oleh mata wang tempatan dan permintaan domestik kukuh hingga berlaku peningkatan harga pakaian dan bantuan domestik.

"Permintaan domestik yang sederhana dan harga tenaga global yang lemah mengekalkan tekanan inflasi di seluruh Eropah pada tahun lalu," kata EIU seperti dipetik portal CNN Travel.

Tel Aviv satu-satunya bandar di Timur Tengah berada di 10 teratas dan melonjak tiga tempat tahun ini di kedudukan ketujuh, yang dikaitkan dengan faktor kenaikan kos pengangkutan.

Geneva merosot dari tempat kelima ke tangga ke-10 manakala Copenhagen menduduki tempat ketujuh tahun lalu terkeluar senarai 10 teratas.

Tinjauan setiap dua tahun yang sudah dilaksanakan sejak lebih 30 tahun lalu itu bagi menilai kos lebih 160 barangan dan perkhidmatan di 133 bandar raya di seluruh dunia.

Tinjauan ini mencatat trend yang jelas di 37 kota Eropah yang ditinjau semua kecuali Moscow, St Petersburg, Kiev dan Istanbul.

Keseluruhannya, kos sara hidup dunia menurun empat peratus tahun ini.

Laporan itu menyebut, ia mencerminkan kesan mata wang dunia berikutan kelonggaran dasar monetari, perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) serta kekuatan ekonomi AS.

Senarai lengkap bandar raya paling mahal di diami sepanjang 2020 mengikut kedudukan adalah seperti berikut:

1.Singapura

1. (seri) Osaka.

1. (seri) Hong Kong

4. New York City

5. Paris

5. (seri) Zurich

7. Tel Aviv

8.Los Angeles

8.(seri) Tokyo

10. Geneva.

Disiarkan pada: November 23, 2020 @ 6:02am
d