Afrika

Angka korban Siklon Idai meningkat 446 orang

Oleh Reuters

BEIRA: Mozambique mencatatkan lebih banyak kematian akibat siklon dan banjir di sekitar Afrika selatan manakala ratusan penduduk terpaksa tinggal di kem penempatan sementara selepas rumah mereka musnah dilanda kejadian alam itu.

Siklon Idai membadai Beira, bandar pelabuhan Mozambique dengan angin sehingga 170 kilometer sejam kemudian bergerak ke darat Zimbabwe dan Malawi, meranapkan bangunan dan merisikokan jutaan nyawa.

Menteri Tanah dan Alam Sekitarnya, Celso Correia, berkata angka kematian meningkat kepada 446 orang, sambil menambah bahawa 531,000 orang terjejas akibat bencana manakala 110,000 orang ditempatkan di kem.

Agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, 259 orang terbunuh di Zimbabwe manakala Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), berkata angka kematian berjumlah 154 orang.

Reuters tidak dapat menghubungi segera pihak berkuasa di Zimbabwe.

Disiarkan pada: March 24, 2019 @ 7:59pm
d