Afrika

Maut ditolak atas landasan

Oleh AFP

FRANKFURT: Seorang budak lelaki maut manakala ibunya cedera apabila seorang lelaki menolak mereka ke atas landasan ketika kereta api berkelajuan tinggi menghampiri stesen kereta api.

Suspek, warga Afrika berusia 40 tahun yang tiada hubungan dengan mangsa, melarikan diri sebaik kejadian tetapi ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

Ibu terbabit dirawat di hospital selepas nyaris digilis apabila kereta api ICE melanggar anaknya. Polis menyiasat kes itu sebagai pembunuhan dan kini mencari motif suspek melakukannya.

"Budak itu dan ibunya ditolak ke arah tren. Ibunya berjaya menyelamatkan diri," kata jurucakap polis.

Rangkaian berita NTV melaporkan suspek berasal dari Eritrea menyebabkan parti berhaluan kanan Alternative for Germany (AfD) terus mengaitkan kejadian dengan kemasukan besar-besaran pendatang serta pelarian sejak beberapa tahun lalu.

Disiarkan pada: July 29, 2019 @ 9:49pm
d