Afrika

100 orang maut diserang pengganas di Niger

Oleh BERNAMA

Niamey: Jumlah korban akibat serangan pengganas di Niger pada Sabtu meningkat kepada 100 orang, lapor Agensi Anadolu.

Pengganas menyerang kampung Tchombangou dan Zaroumdareye dekat dengan sempadan Mali di barat daya Niger, menurut Menteri Dalam Negeri Alkache Alhada.

Pegawai yang melawat tempat kejadian mengesahkan 100 orang maut akibat serangan itu.

Sumber tempatan menyatakan 25 mangsa yang cedera dipindahkan ke Niamey dan Ouallam untuk menerima rawatan.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Wilayah Tillaberi, menjadi sasaran pengganas yang berpusat di Mali sejak 2017 menyebabkan darurat diisytiharkan di wilayah ini.

Negara dikelilingi daratan itu berdepan cabaran keselamatan dan kemanusiaan yang rumit.

Niger menampung sekitar 230,000 pelarian dan 250,000 orang yang kehilangan tempat tinggal, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selama beberapa tahun, Boko Haram mengganas negara ini dan membunuh sekurang-kurangnya 27 orang di wilayah Diffa bulan lalu.

Disiarkan pada: January 4, 2021 @ 12:13pm
d