Afrika

Wayang dibuka semula selepas tiga dekad

Mogadishu: Bashir Mohamed tidak berganjak dari tempat duduknya ketika menonton sebuah filem di Panggung Negara di Mogadishu yang dibuka semula selepas tiga dekad.

"Saya tidak pernah percaya perkara seperti ini berlaku di kampung halaman saya di Somalia," kata Mohamed, 28, kepada Anadolu Agency (AA).

Selepas perang saudara meletus awal 1990-an, Panggung Negara itu tidak lagi beroperasi. Panggung dibuka pada 1967, hadiah dari pemimpin China, Mao Zedong kepada rakyat Somalia.

Selama bertahun-tahun, acara muzikal, drama dan festival diadakan di panggung itu.

Akhirnya, bermula minggu lalu, dua filem, Hoos dan Date From Hell ditayangkan di panggung itu dan penduduk tidak melepaskan peluang menyaksikannya walaupun harga tiket mahal.

"Saya sering bertanya bagaimana rasanya di dalam pawagam. Kini saya berusia 28 tahun, hakikatnya filem tidak ditayangkan di sini lebih 30 tahun," kata Mohamed yang belum pernah ke merasai pengalaman seperti itu.

Katanya, kawalan dan pemeriksaan keselamatan amat ketat di pintu masuk panggung, kali ini kerajaan serius mengenai aspek keselamatan.

Disiarkan pada: October 2, 2021 @ 6:50am
d