Afrika

Presiden Afrika Selatan positif Covid-19

Oleh BERNAMA

Johannesburg: Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan.

Beliau yang sudah menerima vaksinasi lengkap dilaporkan mula tidak sihat selepas meninggalkan Perkhidmatan Memorial Negara bagi menghormati bekas Timbalan Presiden FW de Klerk di Cape Town, Ahad lalu.

Beliau berada dalam keadaan baik tetapi sedang dipantau oleh Perkhidmatan Kesihatan Tentera Angkatan Pertahanan Nasional Afrika Selatan, lapor agensi berita Xinhua.

Ramaphosa kini menjalani kuarantin diri di Cape Town dan sudah menyerahkan semua tugasnya kepada Timbalan Presiden David Mabuza minggu depan.

Ramaphosa baru sahaja menamatkan lawatannya di empat negeri Afrika Barat termasuk Nigeria, Ivory Coast, Ghana dan Senegal.

Dalam satu kenyataan, presiden dan delegasi Afrika Selatan sudah melakukan saringan Covid-19 sebelum lawatan.

Presiden itu juga diuji negatif sekembalinya ke Johannesburg pada 8 Disember lalu.

Presiden berkata, jangkitan terhadap dirinya adalah sebagai amaran kepada semua orang di negara ini untuk divaksin dan terus berwaspada terhadap penularan wabak itu.

Disiarkan pada: December 13, 2021 @ 2:45pm
d