Afrika

Beg pasar raya disangka singa

Oleh Agensi

Nairobi: Penduduk di Afrika Timur gempar kononnya ternampak seekor singa dalam semak sedangkan ia hanya beg membeli-belah.

Khamis lalu, penduduk tempatan di daerah Meru, berdekatan Taman Negara Gurung Kenya memaklumkan menemui singa bersembunyi dalam semak kepada Jabatan Hidupan Liar Kenya.

Namun apabila pegawai jabatan itu mengumpan singauntuk mengeluarkannya dari tempat persembunyian, haiwan itu tidak memberikan reaksi.

Ternyata singa berkenaan rupanya hanyalah sebuah beg pasar raya yang dicetak gambar kepala singa.

Beg berkenaan kepunyaan seorang pemilik rumah yang meletakkan anak benih avocado untuk mengelaknya daripada kering.

Jabatan itu yang menciap perkongsian perkara itu di Twitter memuji kewaspadaan orang ramai terhadap isu itu.

"Walaupun ini adalah panggilan palsu, kami memuji orang ramai kerana membangkitkan amaran untuk mengurangkan kemungkinan konflik," kata jabatan itu seperti dipetik portal Independent.

Disiarkan pada: May 15, 2022 @ 7:30am
d