Afrika

Juruterbang tertidur, mendarat di lapangan terbang salah

Oleh Agensi

Addis Ababa: Syarikat penerbangan Ethiopian Airlines menggantung dua juruterbang kerana tertidur ketika penerbangan pada Isnin.

Kelalaian juruterbang terbabit juga menyebabkan pesawat mendarat di lapangan terbang yang salah.

Ketika kejadian, juruterbang itu tidak dapat dihubungi pegawai menara kawalan.

Mereka hanya terjaga selepas penggera sistem juruterbang automatik dimatikan, menurut The Aviation Herald.

Pesawat itu akhirnya berjaya mendarat di Lapangan Terbang Addis Ababa, 25 minit kemudian.

Berdasarkan data penerbangan, pesawat Boeing 737-800 berlepas dari Khartoum di Sudan menuju Addis Ababa.

Namun ketika pesawat sepatutnya melakukan penerbangan turun pada ketinggian 37,000 kaki namun juruterbang tidak berbuat demikian.

Ethiopian Airlines dalam kenyataannya memaklumkan dua juruterbang itu kini digantung sehingga siasatan lanjut selesai.

Tindakan tegas akan diambil terhadap juruterbang terbabit berdasarkan hasil siasatan kelak.

"Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami," kata syarikat penerbangan itu.

Ethiopian Airlines menjadi syarikat penerbangan terbesar di Afrika yang mementingkan keselamatan penumpang.

Malah, syarikat itu memiliki akademi penerbangan sendiri untuk melatih juruterbang baharu.

Disiarkan pada: August 23, 2022 @ 1:31pm
d