Amerika Selatan

Covid 19: 23 banduan maut dalam rusuhan

Oleh AFP

Bogota: Panik dengan penyebaran wabak Covid-19, banduan dalam penjara di Colombia merusuh hingga menyebabkan 23 maut, semalam.

Ia berikutan Chile menjadi negara Amerika Latin terbaru mengumumkan sekatan terhadap pergerakan.

Menteri Keadilan Margarita Cabello mendakwa keganasan di dalam penjara itu adalah dirancang dan menyebabkan gangguan di 13 penjara lain di negara itu.

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan bahawa rusuhan itu adalah akibat keadaan penjara yang tidak bersih dan tidak bersedia untuk menghadapi pandemik.

Margarita turut menyatakan bahawa tiada banduan melepaskan diri dalam kejadian itu.

Sementara itu Agensi melaporkan dalam kejadian itu 83 mengalami kecederaan manakala tujuh pengawal penjara juga cedera dan dua dalam keadaan parah.

Terdapat rakaman video berhubung kejadian itu yang tular di media sosial bagaimanapun tiada pengesahan mengenai kesahihannya.

Perintah sekatan di Chile bermula 10 malam hingga 5 pagi keesokkannya.

Disiarkan pada: March 23, 2020 @ 2:57pm
d