Amerika Selatan

Helikopter terhempas di kawasan gerila

Oleh AFP

Bogota: Seramai 11 tentera Colombia dilaporkan hilang dan enam lagi hilang selepas sebuah helikopter terhempas di selatan negara itu.

Pihak berkuasa tentera berkata, ketika kejadian, helikopter berkenaan membawa 17 tentera yang dalam misi menentang kumpulan gerila.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ia kemalangan atau ditembak jatuh.

Bangkai pesawat itu ditemui di kawasan sungai Inirida di Guaviare, kawasan di mana kumpulan serpihan Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) beroperasi.

FARC menandatangani perjanjian damai yang menamatkan konflik yang sudah berlarutan selama setengah pada 2016.

Konflik berkenaan menyebabkan sembilan juta orang mati, hilang atau kehilangan tempat tinggal.

Kumpulan itu kemudian bertukar menjadi sebuah parti politik komunis.

Bagaimanapun, ada 2,000 ahlinya yang tidak bersetuju dengan langkah itu dan terus kekal menjadi kumpulan pemberontak.

Mereka dikatakan mengumpul dana hasil aktiviti penyeludupan dadah dan perlombongan haram.

Disiarkan pada: July 22, 2020 @ 8:54am
d