Amerika Selatan

'Saya sayang kamu, Diego' : Pele

Oleh AFP

Rio de Janeiro: "Saya sayang kamu, Diego" catat Pele di media sosial, seminggu selepas kematian "seorang rakan hebat" Diego Maradona, seorang yang "bijak membuatkan dunia terpukau".

Di Brazil, sudah menjadi kebiasaan memberi penghormatan kepada mangsa seminggu selepas kematian, selepas tujuh hari yang sukar ia diraikan oleh penganut katolik seperti Pele.

Kedua-dua pemain yang sering dibandingkan antara satu sama lain dalam perdebatan mengenai siapa antara mereka yang terhebat sepanjang zaman tetapi Pele menegaskan menerusi ciapan di Instagram bahawa pemain Argentina itu sukar di cari ganti.

"Dunia akan lebih baik jika kita tidak dibandingkan antara satu sama lain dan mula mengagumi antara satu sama lain berlebihan. Jadi, saya mahu menyatakan kamu sukar dibandingkan," kata pemenang Piala Dunia tiga kali itu.

Kenyataan itu hadir bersama beberapa keping gambar membabitkan dua legenda itu bersama, termasuk Maradona ketika usia mudanya tersenyum bersebelahan Pele sambil bermain gitar.

"Perjalanan anda penuh dengan kejujuran. Anda selalu menyatakan cinta dan kebencian kepada sesuatu.

"Dan dengan cara unik dan tersendiri, kamu mengajar kami bahawa kami harus mencintai dan mengucapkan "saya sayang kamu" dengan lebih kerap.

"Pemergian kamu dengan begitu pantas tidak membenarkan saya menyatakannya, jadi saya hanya menulis: saya sayang kamu, Diego."

Disiarkan pada: December 3, 2020 @ 11:42pm
d