Amerika Selatan

Menteri Kesihatan Brazil positif Covid-19

Oleh AFP

Brasília: Menteri Kesihatan Brazil Marcelo Queiroga disahkan positif Covid-19 pada Selasa, selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat (AS) yang dirasmikan Presidennya, Jair Bolsonaro.

"Anggota delegasi lain sudah menjalani ujian saringan dan disahkan negatif," menurut kenyataan rasmi kerajaan Brazil.

Queiroga yang lengkap vaksinasi, adalah anggota kedua rombongan Bolsonaro diuji positif wabak itu sejak tiba di New York.

Pemimpin berusia 55 tahun itu akan menjalani kuarantin di AS sementara anggota delegasi lain kembali ke Brazil.

Queiroga dilihat bersama Bolsonaro yang masih belum divaksin dalam beberapa majlis termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Isnin.

Beliau dilapor dalam keadaan baik, meskipun disamping Bolsonaro yang dikritik kerana kurang mengambil berat langkah pencegahan wabak, termasuk tidak memakai pelitup muka.

Bolsonaro sebelum ini berulang kali menegaskan akan menjadi rakyat Brazil terakhir yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Disiarkan pada: September 22, 2021 @ 12:34pm
d